Posts

Hidup

Image
Assalamuallaikum. Hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Sedangkan air laut pun ada pasang surutnya. Kenapa... Kenapa sekarang sering kita bertikam lidah.. Kenapa kita selalu rasa bersalah.. Apakah ini akan ada titik noktah.. Dulu.. Dulu kita satu.. Dulu kita mengalah.. Dulu kita meluah.. Apakah akan ada kata dua.. Berubahkah aku.. Berubahkah engkau.. Berubahkah kita.. Aku tidak lagi mampu berkata-kata.. Ku korbankan semua rasa.. Demi dia yang ku cinta.. Demi mereka yang ku cinta.. Ya.. mereka bahagia.. Ya.. dia bahagia.. Aku..? Hanya memendam rasa..

Komunikasi

Image
Assalamuallaikum. Hello viewers, thank you for your reading eventhough you didn't put any comments. πŸ˜‚ Okay, hari ni Gadis nak share apa itu komunikasi. Komunikasi ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada seorang atau sekumpulan indidu yang lain. (Terasa macam baca buku sangatπŸ˜…) Kenapa Gadis pilih tajuk komunikasi hari ni, nak tahu tak? Sebab baru lepas habis kursus kahwin beberapa hari yang lepas. (Sebagai bukti yang ada dapat ilmu baru πŸ˜™) Komunikasi ni sangat penting sebenarnya walau dalam apa situasi sekali pun. Simple, tak cakap tak tahu. Jadi dalam apa situasi sekali pun cuba beri ruang dan peluang untuk seseorang itu bercakap kemudian baru respon. Personally, Gadis prefer komunikasi 2 hala sebab kita boleh tahu apa feedback yang kita dapat. Ok, sebagai seorang perempuan, gadis atau wanita dan apa sahaja panggilan yang viewer gunakan, perempuan ni inginkan perhatian. Jadi kalau in a relationship ...

Indah

Image
Assalamuallaikum. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis lagi. Still the luckiest girl in the world. Maybe.. 😊 Setelah hampir sebulan tak jumpa Encik Tunang, semalam jumpa. Rindu. Rasa dilayan bagaikan puteri. Semoga perasaan dan rasa ini kekal hingga akhir hayat. Semalam menghabiskan masa mencari barang hantaran dan makan. Tapi ada 1 sesi yang kami tak buat semalam iaitu heart to heart. Sesi heart to heart ni perlu adakalanya untuk meluahkan perasaan dan isi hati. Sebab bukan semua benda kita boleh cakap dan bincangkan menggunakan whatsapp. Kadang-kadang tak semua benda kita dapat cakap dan luahkan. Adakala bila kita meluahkan, kita yang jadi mangsa dimarah semula. Adakala memendam, pengakhirannya menangis. Menangis sekurang-kurangnya rasa lega. Kita tak tahu lama mana orang sanggup ada dengan kita, bersama dengan kita, bersabar dengan kita. Allah pemilik segalanya. Semoga Dia tidak membolak balikkan hati ini. Gadis rasa, Gadis ni jenis orang yang over t...

Dugaan Semasa Bertunang

Image
Assalamuallaikum.. Alhamdulillah semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni Gadis nak share apa yang Gadis lalui sepanjang hampir 1 bulan lebih menjadi tunangan orang. Betul apa orang cakap dugaan bertunang ni macam-macam. Kadang-kadang bukan sebab orang ketiga pun. Nak dijadikan cerita hari ke 3 Gadis menjadi tunangan orang, ada salah faham yang berlaku. Gadis jenis seorang yang banyak cakap suka bercerita, suka bengkongsi tentang hari-hari yang Gadis lalui pada tunang. Hari pertama masuk kerja selepas menjadi tunangan orang, kawan sekerja semua excited nak tengok cincin tunang Gadis. Entah kenapa Gadis tanggalkan cincin dan bagi kawan-kawan tengok. Tanpa Gadis sedar, ada kawan yang dah sarung cincin tu. Jujur sebenarnya masa tu Gadis sendiri tergamam, tak tahu nak cakap apa tapi mulut tak mampu nak respon waktu itu. Sudahnya Gadis biarkan dan sarung semula cincin. Nak dijadikan cerita, seperti biasa Gadis menceritakan kejadian yang berlaku pada Encik Tuna...

Dugaan Sebelum Bertunang

Image
Assalamuallaikum. Alhamdulillah hari ni, hari yang ke 39 Gadis memegang status sebagai tunangan orang. (Still standing guys! πŸ’ͺ) Kepada readers yang bakal bertunang atau sedang bertunang macam Gadis ni, Gadis harap dapat banyakkan bersabar dan terus berdoa supaya ditetapkan hati. Pengalaman Gadis sendiri, sebelum bertunang sangat banyak tekanan dari keluarga. Bukan salah keluarga tapi mungkin salah Gadis sebab tak pandai nak handle lagi. Gadis ni anak dan cucu sulung, Gadis faham keluarga inginkan yang terbaik untuk Gadis tapi kadang-kadang Gadis rasa tertekan disebabkan kehendak keluarga. Alhamdulillah Gadis dapat Bakal Tunang yang sangat memahami dan menyokong Gadis. Gadis rasa Bakal Tunang ni sangat positif orangnya. Seorang pendengar yang setia. Alhamdulillah. Sesungguhnya dalam tempoh nak bertunang ni terutama bagi yang perempuan, mungkin ada banyak perselisihan faham terutama dengan ibu. Jadi cuba sabar dan faham. Bak kata Bakal Tunang "awak ikut je.. tak rugi pun....

Assalamuallaikum! Hai! Welcome!

Image
Bukanlah kali pertama keberadaan Gadis di "blog" ini. Perkenalkan diri dulu. I'm Gadis. Bakal menyambut hari lahir yang ke 27 tahun ini. (InsyaAllah jika diizinkan Dia) Gadis akan guna blog ni sebagai medium untuk meluah perasaan (biasalah nama pun perempuankan) hehehehe... (ada bahagian positifnya juga ye) juga tempat memberi pandangan, nasihat, berkongsi ilmu untuk sama-sama kita amalkan. (haa kan positif tu) So, kalau ada sesiapa yang lalu meh la singgah blog ni bagi idea, isu, pendapat dan pandangan untuk next post Gadis. Till next post. Thank you for your time. πŸ€—